Bagaimana cara menjadi ahli KKGLMSM ?
- Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dilakukan dengan mengisi borang yang ditentukan oleh Kesatuan.Muat turun dan cetak Borang Pendaftaran Ahli (Anda juga boleh mendapatkan Borang Pendaftaran Ahli dari Ibu pejabat KKGLMSM atau cawangan di seluruh negara.)
- Beserta dengan borang itu, anda hendaklah kepilkan bersama salinan penyata gaji dan kad pengenalan anda.
- Borang yang siap diisi hendaklah dihantar kepada Setiausaha atau cawangan KKGLMSM yang terdekat.
- Pemotongan yuran bulanan keahlian akan dibuat melalui BPA (Biro Perkhidmatan Angkasa).
- RM2 (Tabung)
- RM5 (Yuran)
- RM10 (Skim Kebajikan Keluarga) *Pilihan
5. Syarat-syarat keahlian :-
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru)
Muat Turun Borang di sini
Bagaimana menyertai SKK ?
- Muat turun dan cetak Borang Pendaftaran SKK (Anda juga boleh mendapatkan Borang Pendaftaran Ahli dari Ibu pejabat KKGLMSM atau cawangan di seluruh negara.)
- Isi borang dan hantar ke cawangan KKGLMSM yang terdekat.
Syarat-syarat penyertaan :-
- Terbuka kepada semua ahli-ahli KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU LEPASAN MAKTAB SEMENANJUNG MALAYSIA yang mencarum dengan Kesatuan RM10 sebulan.
Kelayakan :-
Setiap ahli kesatuan KKGLMSM yang menyertai Plan Takaful Barakah Plus berhak dan akan layak menyertai Skim Kebajikan Keluarga ini dan tertakluk kepada syarat-syarat tersebut :-
- Beliau telah diterima sebagai ahli Kesatuan dengan sukarela untuk menyertai Skim Kebajikan Keluarga sehingga tempoh mencapai umur persaraan.
- Dalam semua keadaan, umur peserta tidak akan melebihi tempoh umur persaraan dan tertakluk kepada tempoh had perkhidmatan yang dibenarkan.
- Beliau dengan sukarela untuk menyertai Skim Kebajikan Keluarga telah memberi keterangan memuaskan yang membolehkan permohonan diterima jawatankuasa skim.
Penyertaan :-
- Semua Ahli Yang Berkelayakan pada Tarikh Kuatkuasa boleh menjadi Ahli.
- Setiap Ahli Yang Berkelayakan selepas Tarikh Kuatkuasa akan mendapat manfaat Skim Kebajikan Keluarga bermula pada tarikh penyertaan beliau (bermula potongan BPA pertama).
- Ahli yang menyertainya ditamatkan dan memohon semula untuk menjadi ahli akan dianggap sebagai ahli baru.
- Tarikh Penyertaan akan bermula pada bulan sumbangan dibuat kepada skim.
- Ahli yang berhenti dan mahu menyertai semula Skim Kebajikan Keluarga ini akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Skim Kebajikan Keluarga.
Penamatan Pernyertaan :-
Penyertaan Peserta akan tamat serta merta apabila berlakunya salah satu daripada keadaan berikut yang mana terdahulu :-
- Peserta membuat serahan.
- Peserta mendapat Keilatan Kekal Menyeluruh.
- Peserta meninggal dunia.
- Beliau mencapai umur tamat perkhidmatan maksimum/ bersara/ berhenti menjadi ahli.
- Sumbangan tidak diterima oleh kesatuan secara disengajakan oleh ahli bagi tempoh melebihi 30 hari.
- Apabila ahli mencapai umur persaraan atau persaraan wajib, skim akan membayar sekali gus sebanyak RM1,500 tertakluk kepada tempoh keahlian yang melebihi tiga tahun ke atas dan yang kurang daripada tiga tahun ialah 50% daripada jumlah RM1,500 (RM750.00).
Manfaat Skim Kebajikan Keluarga :-
Bil | Jenis Manfaat | Jumlah Pembayaran |
1. | Kematian biasa | RM15,000.00 |
2. | Kematian akibat kemalangan | RM28,000.00 |
3. | Keilatan kekal | RM20,000.00 x %* |
4. | Manfaat wad hospital | RM15.00/ hari |
5. | Manfaat perbelanjaan pengebumian | RM1,500.00 |
6. | Manfaat kematian keluarga(Isteri/ suami) | RM1,500.00 |
7. | Persaraan | RM1,500.00 |
8. | Manfaat kematian keluarga (Anak) | RM1,000.00 |
9. | Manfaat kematian keluarga (ibu Bapa) | RM500.00 |
SYARAT-SYARAT MEMOHON
- Seseorang ahli hanya layak memohon setelah menjadi ahli selama 6 bulan dan jumlah caruman tidak kurang daripada RM 12.00.
- Borang ini hendaklah diisi sepenuhnya dan dihantar terus kepada Setiausaha Agung KKGLMSM [up : Bahagian Kebajikan],
- Permohonan hendaklah sampai tidak Iewat daripada 60 hari selepas sesuatu peristiwa berlaku.
- Semua permohonan mestilah dikembarkan dengan dokumen-dokumen sebagaimana dibawah.
- Jenis faedah Kebajikan yang disediakan ;-
MOD
|
JENIS-JENIS FAEDAH
|
JUMLAH BAYARAN
|
SALINAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN
|
1.
|
Kematian Ahli
|
RM 1,000.00
|
|
2.
|
Rawatan Ahli Masuk Hospital [Had maksima tuntutan 14 hari dalam setahun]
|
RM 10.00 Sehari
|
|
3.
|
Hadiah Galakan STPM [ahli] [3PA]
|
RM 100.00
|
|
4,
|
Ahli Masuk Universiti [pengajian peringkat ijazah]
|
RM 150.00
|
|
5.
|
Ahli Bersara
|
RM 300.00
|
|
6.
|
Kemalangan / Lain-lain [ahli]
|
| |
7.
|
Hadiah Galakan SPM [anak] 7A1 dengan syarat Bahasa Melayu mesti mendapat A1]
|
RM 50.00
|
|
8.
|
Hadiah Galakan STPM [anak] [3PA]
|
RM 70.00
|
|
9.
|
Anak Ahli Masuk Universiti [pengajian peringkat ijazah]
|
RM 100.00
|
|
Muat Turut Borang Di Sini
No comments:
Post a Comment